Currently We Moved to Blogspot
Posted at 06:07 pm by
inashoppe2u
Permalink
KURUNG KAPAS UNTUK ANAK-ANAK
Oleh MERAN ABU BAKAR
Sopan mengenakan baju kurung ketika berhari raya. Jika ditanya apakah fesyen yang sedang menjadi trend sekarang, jawapannya ialah baju kurung kain kapas.
Ini dapat dilihat di butik-butik mahupun mereka yang berniaga pakaian di ruang-ruang legar pusat membeli-belah.
Jika dahulu, apabila bercakap mengenai kain kapas, orang akan membayangkan kain murahan yang biasanya dibuat baju tidur, baju Kedah, baju kanak-kanak, langsir atau sarung bantal. Namun kini kain kapas menjadi pilihan semua golongan dan pilihan kain kapas juga meluas. Terdapat kain kapas Swiss, Jepun, Indian lawn, Inggeris dan Indonesia.
Keindahan corak kain kapas yang pelbagai yang bukan hanya corak bunga-bungaan malah dengan banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya menjadikan kain kapas yang telah dijadikan baju kurung tampil eksklusif.
Golongan dewasa boleh memilih corak yang bersesuaian seperti bunga-bungaan besar, jalur, daun pasli, pakis dan sebagainya. Sementara kanak-kanak manis dengan corak bunga-bunga kecil. Selain untuk baju kurung, kain kapas juga pilihan yang amat sinonim dengan fesyen gaun smocking kanak-kanak.
Tarikan lain ialah pilihan warna-warna kain yang terang dan ceria sekali gus membangkitkan kegembiraan di hati si pemakai baik dewasa atau kanak-kanak. Kini corak kain kapas lebih dipelbagaikan di mana corak untuk bahagian baju dan kain dibuat berbeza. Contohnya jika bahagian baju bercorak bunga kecil, bahagian kain pula dengan corak bunga yang lebih besar.
Ibu-ibu juga lebih gemar memilih jenis kain kapas bagi dijadikan baju anak kerana keselesaan. Kanak-kanak yang tidak selesa dengan baju yang dipakai sudah pasti akan meragam. Perubahan ini berjaya mengangkat martabat kain kapas itu sendiri dan bukan lagi menjadi pilihan pakaian untuk golongan bawahan. Oleh itu, tidak hairanlah kain kapas yang telah dijadikan baju kurung kini mencecah harga hingga ratusan ringgit apa lagi jika ditambah dengan hiasan manik.
Posted at 01:18 am by
inashoppe2u
Permalink
Welcome to online boutique inashoppe2u.blogdrive.com. We are specialist in baju kurung kanak-kanak with high quality cotton material, high quality product at very reasonable price.


Posted at 03:43 pm by
inashoppe2u
Permalink
READY MADE BAJU KURUNG KANAK-KANAK